Selasa, 16 September 2014
Rabu, 20 Ogos 2014
Ku Pendam Sebuah Duka
Adakala hati ni terguris dengan kata-kata & perbuatan si Dia.
Namun hati cuba memendamkan segalanya..
Kerana sayang itu lebih tinggi dan dapat mengubati luka itu biarpun perit & pahit...
Selamat Ulang Tahun Kelahiran Sahabat
Tidak ada sesuatu yang indah,,
Kecuali ucapan selamat ulang tahun,,
Dan tidak ada doa yang ku panjatkan,,
Selain semoga kau umur panjang dan bahagia selalu,,
Selamat Tinggal
sewaktu aku melangkah pergi meninggalkan semua cerita ttg kita..kaki ku sejenak terhenti oleh sejuta keraguan yg ada.adakah langkah ku benar2 ikhlas dari hati ku.aku masih meragui..kerna ku tahu dan pasti,aku tdk mungkin mampu melupakan mu…tapi aku kuatkan hati utk terus melangkah pergi meninggalkan semua mimpi dan kisah ttg kita… biarlah kenangan indah itu tetap ada di hati ku dan di hati mu selamanya. usahLah brtanya tntg hati ini, cukupLah ku katakn aku redha begini.. *aku rindu p'shbtan kita dulu.gelak tawa,senyum manja,marah,syg ,rajuk,semua itu mghantui fikiran. Walau apa yg trjadi kita ttp kwn,kwn selamanye dlm kenangan. Cuma satu aku pinta,moga kau terus setia dgnnya..doa aku sntsa mengiringi kalian.mudah mudahan mahligai yg dibina sampai hujung nyawa....
Ahad, 17 Ogos 2014
Ibu
Skarang ni bila kita besor doh, bila mok kita terbuat saloh dengan kita, kita mudoh je terasa hati. Dulu masa kita kecek, bergunung kita buat saloh dengan mok kita, tapi mok kita dok pernoh pon ambik hati ngan kita.
Kasih Sayang IbuBapa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati
Suatu Hari Nanti Kau Akan Sedar
alasan yang di beri tidak penah yang benar,
namun aku tidak dapat membuktikanya selain dari mempercayai dirimu,
aku tak kisah di kau nak menduakan cintaku,
tapi aku sanggup melihat di kau di kecewakan,
mungkin sekarang ia benar-benar sayang,
di masa akan datang kita tidak tahu.
Menjantankan Diri
jeritan batinku sentiasa memekik-mekik namamu,
kerinduan di hati sentiasa kesunyian,
menunggu kehadiranmu seperti menunggu pisang berbuah dua kali,
namun kekseksaan jiwa ku ini biarlah ku pergi,
aku berharap jangan di kesali pada suatu ketika nanti,
masa itu mungkin ku sudah tiada...
Ahad, 27 Julai 2014
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin (2014)
بِسْـــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Di hari yg mulia ini pengakhir ramadhan, dengan rendah diri saya mohon maaf atas segala kelemahan, kekurangan, kesilapan dan kekhilafan antara kita. Yang tersirat mahupun tersurat, yg sengaja mahupun tak sengaja, yg tersembunyi mahupun terang-terangan, yg berniat mahupun tak berniat. Segala gurauan hanyalah utk menghiburkan hati bukan menyakiti hati sesama sendiri.
Semoga Allah mempermudahkan ibadat puasa kita tahun ini dan semoga ibadat kita mendapat pahala dan rahmat spt mana yg dijanjikanNya. Semoga kita bertemu lagi ramadhan pada tahun-tahun hadapan... Aamiin
Ikhlas dr kami: Muhamad Najib & Barang Rare Shop
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin
Raya dengan Farel 2014
apalah ertinya aidilfitri ini,tanpa kau disisi,disaat insan lain bergembira,aku sendirian menahan duka....
Muhasabah Diri
Sesetengah perkara tu, sebenarnya sangat susah untuk dilupakan, bukan mudah. namun bila itulah ketetapan Allah kpada kita dan itulah kehendak dari aturan-NYA dalam prjalanan hidup kita. maka belajarlah walau ianya penuh kesusahan dan kepayahan. relakanlah walau diiringi air mata, dan lepaskanlah walau mencengkam jiwa dan perasaan.
Selagi kita tak redha, hati tak akan tenang. jiwa tak akan bahagia. sebab itulah, cara terbaik untuk melupakan, adalah dengan redha kan sesuatu yang berlaku. relakan apa yang SUDAH berlaku. bila kita rela, hati juga akan tenang, perlahan² kita akan belajar menerima hakikat, bahawa itulah yang dikehendaki-NYA. dan pada akhirnya nanti, masa yang terus berlalu ini yang akan membuat kita lupa akan hal-2 yang sudah berlalu.
Ramadhan Jangan Pergi
semakin syawal menghampiri,semakin ramadhan menjauhi,gunakan masa yang ada sebaik mungkin,tingkatkan amalan,rebutlah peluang pahala yang berganda dibulan yang mulia ini.....
semoga kita semua tergolong dalam golongan orang2 yang diredhaiNYA.....aminnnnn......
Jumaat, 27 Jun 2014
Antara Sikap Wanita Yang Disukai Lelaki
Sikap Keibuan
Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan anak baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.
Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.
Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yg kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.
Menghargai
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.
Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg terbaik kepada dirinya.Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??
Pandai berbicara
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yg baik, serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dan berfikiran terbuka.
Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.
Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.
Simpati dan Prihatin
Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yg mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dgn indah dan mempesona.
Ciri-Ciri Wanita Idaman
Wanita merupakan hiasan dunia, wanita yang solehah merupakan idaman setiap lelaki.., setiap manusia rata-rata mereka inginkan pasangan yang terbaik dalam hidupnya., kalau ada yang suka yang sebaliknya mungkin ada something wrong le kot ngan dia tu.., ada gak sesetengah orang ni suka sangat mencari pasangan yang elok dari segi paras rupa tanpa menilai hati budinya.., sebab tu lah ada yang kahwin tak sampai setahun pun last-last bercerai.., mungkin adalah tu something yang tak kena.., hu3.., ingatlah semua, berkahwin ni bukannya perkara main-main., cari lah pasangan yang kita rasa betul-betul terbaik untuk kita.., dibawah ni saya nak kongsikan ciri-ciri wanita idaman lelaki yang saya ada terbaca.., menarik gak ni untuk dikongsi., hu3...,
1. Berpegang Kepada Agama
Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki.. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.
2. Kecantikan Dalaman
Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS.
Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.
3. Manja
Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Tapi, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tak sesuai, menampakkan wanita tu seperti kurang matang.
4. Pandai Menjaga Kecantikan
Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.
5. Berakhlak Mulia
Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita soleheh.. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan penyokong kepada suami.
6. Tidak Mempamer Keseksian
Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.
7. Tidak cerewet.
Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki menyampah dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara tu hanyalah perkara kecil. "Mengomplen" aje kerjanya... upss..
8. Memahami Lelaki
Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu cakap, dia tu sudah dapat membaca riak muka suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.
9. Sejuk Mata Memandang
Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Macam mane ciri-ciri wanita yang sejuk mata memandang nih? Haa.. ni dia :
Bersopan satun
Sentiasa memansikan wajah
Sentiasa senyum
Menutup aurat
Ramah dan mesra
Tidak terlalu cemburu
Menghormati orang lain.
Ciri-Ciri Lelaki Idaman
Lelaki tulin. Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki dan dari itu bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah laku hingga terkeluar dari kategori lelaki
Lelaki yang berharga. Lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga.
Lelaki yang teguh jiwa. Tidak mudah mengalirkan air mata. Bila lelaki menangis, maka harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita.
Lelaki yang sederhana. Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.
Lelaki yang cantik. Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada perangainya dan kebersihan hatinya.
Lelaki yang punya pendirian. Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji bila berjanji.
Lelaki yang kemas bersih. Menjaga kebersihan serta berdandan tetapi tidak secara berlebihan. Pakaiannya kemas dan tidak nampak canggung.
Lelaki yang cerdik. Cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu disebutkan.
Lelaki yang cekap. Segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.
Lelaki yang bijak. Tidak suka bercerita tentang kelebihan atau ketampanan dirinya.
Lelaki yang tabah. Tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut bila menghadapi suasana menekan, kesuntukan masa, atau cemas.
Lelaki yang berwawasan. Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. Objketif dan cekal dalam mengejar cita-citanya. Masa digunakan untuk perkara yang produktif.
Lelaki yang baik. Tidak suka hidup berfoya. Taat kepada suruhan agama. Tidak berjudi, berzina atau minum arak.
Lelaki yang sopan. Tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.
Lelaki yang mengasihi. Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada wanita itu. Saatu masa, wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.
Lelaki yang ceria. Boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya.
p/s : Lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik., dan begitulah sebaliknya.., So, hiasilah diri sendiri dengan budi pekerti yang tinggi untuk mendapatkan teman hidup yang di ingini.., Selamat maju jaya sahabat-sahabatku sekalian.., ;-)
Isnin, 23 Jun 2014
Allah tidak akan mendekati seseorang sebelum orang itu mendekatiNya dan amalan yang paling dicintai Allah ialah amalan yang dilakukan secara berterusan.... -Hadith-
Urusan orang-orang beriman semuanya mengkagumkan..,
Semua perkara adalah baik untuknya..,
Jika dia mendapat kesenangan dia bersyukur.., maka itu baik untuknya..,
Dan jika dia ditimpa kesusahan, dia bersabar.., maka itu baik untuknya..,
-Riwayat Muslim-
Ahad, 22 Jun 2014
Kita berjumpa hanya satu kebetulan.,
Berjumpa bkn utk k'baikan.,
Tp penuh dgn kenakalan.,
Kebetulan yg akhirnya berkekalan.,
P'bagai kenangan telah d'lukiskan.,
D'warnai dgn gurauan dan usikan.,
D'hiasi dgn gelak tawa dan juga senyuman.,
K'btulan yg m'bawa k'rinduan d'saat b'jauhan.,
Namun tiada siapa pn blh jd p'misah utk kita b'tmn.,
Kecuali ajal dan juga kematian.,
Terima kasih utk k'betulan ini krn ia m'ngajar kita erti sebuah p'hubungan yg amat b'nilai....
Bulan berbicara pd bintang.,
Tetaplah b'kilau walau aku t'lindung dek awan.,
Jika malam ini hujan menitis.,
Itu kerana aku menangis merinduimu.,
Mungkin kalau datangnya guruh dan petir.,
Itu kerana aku merintih takut kehilanganmu.,
Biar malam ini panjang agar kamu hadir dalam mimpiku.,
Biar kamu jauh asalkan kamu tetap dalam doaku....
Rabu, 11 Jun 2014
Perasaan cinta itu di mulai dari mata, sedangkan rasa suka di mulai dari telinga.
Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga.
Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.
#SalamMaghrib
Isnin, 26 Mei 2014
Keperitan Jiwa
Bila kebisuan bermaharajalela.. hati dan jiwa mula berbicara.. sedetik cinta yang hadir mula berbisik bercerita tentang rindu dikalbu.. bercerita tentang kekecewaan dijiwa.. mendendangkan melodi cinta yang indah untuk didengar namun pedih andai tidak kesampaian dalam untaian cinta yang membara..
Khamis, 22 Mei 2014
Evisu X Insa
Evisu x insa
Ready stok now!!!
Saiz:28 29 30 31 32 33 34 36 38
Whatsapp : 0199757103
Wechat : muhamadnajib3477
Facebook Page : barang rare
Selasa, 20 Mei 2014
New stock hackett long sleeve for men
New stock hackett long sleeve for men
size m-xxl
Hackett new stock sudah sampai..
Hrg masih sama spt sebelum ni..
Size sgt limited..
★ Readystock
★ Size S-M-L-XL-XXL
★ Cutting regular fit
.
.
For more info:
♥WhatssApp 019 9757103 - najib
♥Wechat ID : muhamadnajib3477
Ahad, 18 Mei 2014
Polo black watch long sleeve Colour:black/blue/red
Polo black watch long sleeve Colour:black/blue/red Saiz: s m l xl For men & ladies Barangrareshop ✅Fb page:barang rare ✅Wechat:muhamadnajib3477 ✅Instagram:barangrareshop
Polo hackett/polo balckwatch
Polo hackett/polo balckwatch akan di uploud .xsempat nk snap pic cantik2. Tapi jgn risau barang mmg cantik @barangrareshop jual. Brg select n tempah khas
55555++
Khamis, 8 Mei 2014
Kemaja Burberry
Material : 100% cotton
Size M/L/XL/XXL -cutting regular fit-
Ada 10 colour ♡ kod bbr : red ♡ kod bbdb : dark blue ♡ kod bbg : green ♡ kod bbw : white ♡ kod bbpp : purple ♡ kod bbo : orange ♡ kod bbpi : baby pink ♡ kod bby : yellow ♡ kod bbrb : royal blue ♡ kod bbbl : black
■ stock limited - 1st pay, 1st serve -
*kpd sesiapa yg tak suka, boleh block BARANGRARESHOP
*minta maaf & terima kasih
♥WhatssApp 019 9757103 - najib
♥Wechat ID : muhamadnajib3477
Isnin, 14 April 2014
Selamat Pagi Dunia
"Gembiralah bila orang lain gembira. Bahagialah bila orang lain bahagia. Jika kita ingin berjaya dalam apa sahaja yang kita lakukan, belajarlah mendoakan orang lain berjaya! Rezeki Allah Maha Luas dan tidak akan kering air di lautan hanya sebab kita mencedok segayung air darinya.."
Ahad, 13 April 2014
Karangan menggunakan huruf ''P''
Arahan:
Buat karangan menggunakan huruf 'P' tidak kurang 120 patah perkataan..
Puiii!?? Paklong Punya Pasal, Pagi-Pagi Pakngah Pergi Pasar. Paklong Pesan Pulut Panggang. Parking Pulak Punyalah Payah. Pakngah Pun Pelik, Pasal Pulak Pagi-Pagi Payah Parking. Pakngah Pun Pusing-Pusing Perhati Parking. Pusing Punya Pusing, Pakngah Pun Pening. Penyudahnya Pakngah Parking Pinggir Parit.
Pening-Pening Pun Perut Pakngah Perlu Penuh. Pakngah Pun Pergilah Pekena Pasembor. Pasembor Pulak Punyalah Pedas. Pergh ! Pedas-Pedas Pun Pakngh Pulun. Pakngah Pulun Pelan-Pelan Pasal Pedas. Pastu Pakngah Pun Pulang.
Pakngah Pulang Punyalah Panas. Pakngah Pun Pasang Penyejuk. Pasang Penyejuk Pun Panas. Pakngah Pun Pelik Pasal Pulak Panas. Pakngah Pun Periksa Penyejuk. Patutlah Panas, Penyejuknya Palsu. Pakngah Pun Pergi Pulangkan Penyejuk Pada Peniaga. Pokemon Punya Peniaga!
Pikir Punya Pikir Pakngah Putuskan Pelihara Puyu. Pakngah Perlukan Peruntukan. Permohonan Peruntukan Pulak Punyalah Panjang Prosesnya. Prosedurnya Pun Payah. Pagi Petang Pakngah Panjat Pejabat Pegawai Perikanan. Pakngah Pun Pedap. Penyudahnya Pakngah Pinjam Paklong .
Pinjam Paklong Pun Paedahnya Pat Persen. Pat Persen Pun, Pat Persenlah. Puyu Punya Pasal, Pedulilah. Projek Pelihara Puyu Perlukan Pondok. Pakngah Pun Perbaiki Pondok Pakngah. Pakngah Paku Papan ... Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang .....
Pengetuk Paku Pulak Patah Patah. Pedulikan Pasal Pengetuk Paku Patah. Pikir Pulak Pasal Perkara-Perkara Penting. Pasal Pimpinan PM, Pasal Pilihanraya, Pasal Pembangunan, Pasal Perpaduan, Pasal Pendidikan, Pasal Perundangan, Pasal Perjalanan Parlimen, Pasal Perairan, Pasal Palestin, Pasal Peluang Perniagaan Pabila Puasa ... Pup .... Pelita Padam !
Penamat...Perghhhhh Penattt... ✌.
Rabu, 19 Februari 2014
Isnin, 17 Februari 2014
Vintage Waldman 25Jewels
Tahun 60an
36mm diameter
Tali kulit 20mm
Swiss made
Jam sedia utk dipakai.
pls watsap 019 9757103.. Negotiable
Ricoh Crystal 21Jewels
Automatic 36mm diameter
Tali besi biasa..
Sedia utk dipakai.
Whatsap o call 019 9757103
Ahad, 16 Februari 2014
Sabtu, 15 Februari 2014
" Berpisah kita hanya kerana mati" Jangan pisahkan. Aku dan Dia.
Yakinlah bahawa sempadan, jarak dan waktu bukanlah satu titik noktah hubungan kita hari ini.. asalkan hati kita bersatu, redha & tawakal dengan takdir yang telah di atur oleh-Nya.
Semua rintangan kita akan atasi dan lalui bersama. Jangan bimbang. Jauh mana jarak yang memisahkan kita, kamu tetap dekat di hati saya
Conteng-Conteng
Rintihan Suami Yang Tak Terucap
1. Tidak kisah dan pendiam
o Lelaki suka diam tapi bukan bermakna tak kisah
o Diam kerana OK, tak perlu ditegur atau komen apa yang isteri katakan
2. Tidak boleh dipercayai
o Isteri kena yakin pada suami, lebihkan doa untuk suami
o Isteri perlu waspada tapi tidak bermakna curiga atau bersangka buruk terhadap suami
o Isteri perlu berhati-hati, lebihkan doa dan usaha untuk suami
3. Lelaki ego
o Dari kajian yang dilakukan, perempuan sebenarnya lebih banyak ego dari lelaki
o Lelaki tidak ego tapi untuk menjaga maruah diri, bersikap kasar dan tegas
o Manjaga maruah diri adalah wajib bagi lelaki
4. Lelaki miang
o Sikap miang lelaki ini boleh membantu meningkatkan tenaga batin dan minda lelaki
5. Lelaki lemah
o Lelaki mudah tergoda dan terpedaya tetapi pada tahap yang berbeza
o Pada hakikatnya manusia memang lemah
Luahan isi hati insan yang bergelar suami kepada isteri
1. Sayangi suami seadanya tanpa syarat.
2. Hormati suami sebagai pemimpin rumahtangga.
3. Fahami kelemahan suami – imbangi kekuatan dan kelemahan suami.
4. Suami malu nak minta khidmat isteri ~ Isteri perlu ikut resmi sikembang Cina : “Belum dipanggil dah datang, belum disuruh dah pergi, belum diminta dah beri.”
5. Lelaki sukar untuk melupakan peristiwa lama yang berunsur negative yang pernah berlaku pada isteri seperti kekasih lama isteri.
6. Isteri jangan bangkang cakap suami kerana suami akan rasa terancam dan rendah diri, nilai diri suami akan merosot. Isteri harus akur dan patuh terutama berkaitan dengan hukum seperti agama dan sebagainya.
7. Tolong sokong pendirian dan pandangan suami atau minat suami. Ini penting untuk membentuk keyakinan dan esteem suami. Pendirian suami adalah maruah lelaki.
8. Cubalah fahami suami walaupun ianya tidak terucap :
o Allah beri gerak hati/ batin kepada orang perempuan (ini adalah anugerah Allah kepada orang perempuan) dan kurang kepada lelaki.
o Hati perempuan dilepas dimulut manakala mulut lelaki adalah dihatinya (menurut ulama/ orang bijak pandai).
o Apa yang terasa dihati perempuan akan terus diucap tetapi lelaki akan menyimpannya di dalam hati dan tak terucap.
o Para suami tahu bahawa perempuan memang boleh memahami.
9. Jangan perlekeh atau sebut kesilapan suami di hadapan mertua dan anak-anak atau orang penting kerana ini akan menghancurkan hati suami.
10. Tegur dan ingatkan suami secara penuh hikmah ~ Isteri hendaklah puji dahulu kebaikan suami dan kemudian barulah tegur kesilapan suami.
11. Rintihan suami tentang sex :
o Hampir semua lelaki malu meminta khidmat tersebut dari isteri.
o Hubungan kelamin amat kritikal untuk suami, jika tiada, suami akan tension dan sakit.
o Ini adalah naluri semulajadi lelaki. Adalah relevan untuk mengadakan hubungan kelamin 2 atau 3 kali seminggu untuk pasangan yang sihat.
12. Suami memang marah-marah tapi bukan tandanya benci. Suami marah sebab tekanan di pejabat dan sebagainya. Suami lepaskan tension, tapi bukan untuk isteri. Ini juga tidak boleh dijadikan alasan untuk suami marah-marah tanpa sebab kepada isteri.
13. Jika suami merajuk, biarkan kami sendirian untuk merawat dan memujuk hati sendiri. Isteri jangan kacau dan pujuk. Berikan kami masa. Isteri boleh berikan khidmat yang terbaik tapi jangan sibuk tanya “kenapa bang??”, “apa dah jadi??”
14. Suami tak pandai mendengar, isteri jika ada hal nak beritahu suami, beritahulah pada masa yang senang dan sesuai seperti masa minum petang.
15. Suami tak pandai pamerkan emosi dan perasaan, suami akan luahkannya melalui cara lain seperti sms. Pesanan untuk suami… amatlah bagus jika dapat ucapkan kata-kata “Sayang, I love you” pada isteri sebanyak 7 kali sehari.
16. Suara suami keras tapi bukan tandanya marah. Isteri jangan cepat merajuk. Memang semulajadinya suami boleh control suaranya bila bercakap dengan orang lain…sebab itu bukan isteri dia tetapi bila bercakap dengan isteri, suaranya keras. Kalau kita dengar lelaki bercakap di telefon dengan nada yang keras, memang sah dia sedang bercakap dengan isterinya…
17. Suami memang tak pandai memujuk dan meminta maaf :
o Contoh lambang suami minta maaf pada isteri ~ Selepas marah, suami keluar dan siram pokok bunga, buangkan sampah, belikan barang atau makanan kegemaran isteri dan sebagainya.
o Isteri-isteri … tolonglah fahami lambang-lambang suami yang cuba memujuk kerana quota vocabulary suami tak banyak.
18. Suami tak tahan kena leter kerana leteran isteri boleh memendekkan umur suami, nanti suami cepat mati.
19. Suami tak larat nak jawab soalan isteri yang panjang dan berjela-jela. Sebab itu suami tak jawab soalan isteri sebab kalau suami jawab 1 soalan, suami kena jawab soalan-soalan iringan. Contohnya : “Dah makan bang?”, “Makan kat mana?”, “Makan apa?”, “Makan dengan siapa?”.
20. Tolong patuh perintah Allah tanpa suami kena pesan selalu kerana suami kadang kala kesian, tak mampu dan tak sanggup untuk menegur dengan secara hikmah.
21. Suami tak sanggup dengar desakan isteri seperti tukar kereta, perabot rumah, dan sebagainya. Isteri tolonglah beri suami peluang utuk bertindak sendiri. Suami jadi lemas dan bingung dengan desakan isteri.
22. Suami tak tegur kesilapan isteri kecuali jika ianya terlalu extreme. Contohnya : isteri make-up lebih lebih – suami akan tegur kerana dia jealous sebab nanti orang lain akan tegur dan suka tengok isteri mereka.
23. Suami diam tandanya OK. “No news is good news”. Isteri jangan kecil hati.
24. Suami tak jawab soalan isteri sebab jawapan pada soalan dah nyata. Seperti yang dinyatakan dalam (17) kerana quota vocabulary suami tak banyak.
25. Suami kadang-kadang melenting sebab stress tapi bukan salah isteri.
26. Permintaan suami… Isteri-isteri tolong jangan cemburu. Suami akan jadi lemas dan serba salah.
27. Isteri jangan pesan berkali-kali kerana suami akan rasa terhina. Lelaki ada “Macho”nya. Lelaki pantang dipesan berkali-kali kerana mereka rasa seperti mereka dah nyanyuk.
28. Jangan ulangi perkara yang suami dah faham atau perkara yang jelas kerana ini boleh menghina suami.
29. Suami lambat bertindak sebab suami banyak berfikir. Orang lelaki ada 9 akal. Mereka akan tapis-tapis dan ini tak bermakna yang mereka tidak bertanggungjawab.
30. Suami selalu lebihkan ibubapa mereka kerana mereka ingin menjadi anak yang soleh. Isteri jangan cemburu atau salah faham.
31. Isteri tolonglah hormati ibubapa suami yang masih hidup.
32. Jangan bandingkan suami dengan orang lain kerana suami akan rasa terhina.
33. Isteri-isteri tolong jangan puji sebarang lelaki di hadapan suami kerana suami akan rasa tercabar.
34. Doakan suami dunia dan akhirat.
Dimensi cinta ialah ukuran rasa, bukan oleh jarak yang jauh atau
masa yang panjang dan pendek. Cinta merombak batasan masa, jarak dan ruang"...Itulah cinta Rasulullah....Itulah yang mesti ada dalam jiwa agar kita berpeluang bersama-samanya di dalam syurga...
Apabila kamu tidak berhati-hati ketika menjaganya ..
Maka ia akan 'REMUK'
Dan ..
Apabila kamu semakin mengabaikannya..
Akhirnya ia akan 'TERKOYAK' meskipun koyakkannya hanya sedikit, tapi memberi kesan yang sangat mendalam.
Dan akhirnya sudah tidak berguna walaupun kamu cuba menampal kertas itu ataupun sebagainya ..
Renung-renungkan dan selamat beramal
Sesaat yang berlalu tidak dapat kita ubah lagi,
Sesaat yang kita lalui ini kita manfaatkan sebaiknya,
Dan sesaat yang akan tiba,belum pasti kita temuinya..
pastikan ianya TULUS dari hati bukan
rasa SIMPATI...
Bila anda bercinta....
pastikan ianya cinta dari ILAHI bukan
dari IBLIS dan JIN...
Bila anda bercinta..
pastikan ianya KEKAL abadi
bukannya hanya PERMAINAN hati....
Bila anda bercinta...
pastikan anda HARGAI bukan SUNYI
baru mencari...
tetapi kita terpaksa menerimanya..
Ada perkara yg tidak mahu kita tahu,
tetapi kita terpaksa mempelajarinya..
Dan ada wajah yg kita tidak mahu berpisah,
tetapi kita terpaksa melepaskannya..
Siapa kita untuk menentang takdir-Nya,
jika ke'terpaksaan itu dapat melatih,
dan mengajar kita tentang REDHA..
maka laluilah ia walaupun TERPAKSA..