Ahad, 27 Julai 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin (2014)

بِسْـــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Di hari yg mulia ini pengakhir ramadhan, dengan rendah diri saya mohon maaf atas segala kelemahan, kekurangan, kesilapan dan kekhilafan antara kita. Yang tersirat mahupun tersurat, yg sengaja mahupun tak sengaja, yg tersembunyi mahupun terang-terangan, yg berniat mahupun tak berniat. Segala gurauan hanyalah utk menghiburkan hati bukan menyakiti hati sesama sendiri.

Semoga Allah mempermudahkan ibadat puasa kita tahun ini dan semoga ibadat kita mendapat pahala dan rahmat spt mana yg dijanjikanNya. Semoga kita bertemu lagi ramadhan pada tahun-tahun hadapan... Aamiin

Ikhlas dr kami: Muhamad Najib & Barang Rare Shop

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin

Raya dengan Farel 2014

apalah ertinya aidilfitri ini,tanpa kau disisi,disaat insan lain bergembira,aku sendirian menahan duka....

redhalah wahai hati,dikala resah menerjah dihati, pohon pada ILAHI akan ketabahan hati,jua takwa seiring dlm diri..
jadikan hati ku seputih salju,terima jua apa takdir mu.....
mengharap awan mendung berarak lalu....

Muhasabah Diri

Sesetengah perkara tu, sebenarnya sangat susah untuk dilupakan, bukan mudah. namun bila itulah ketetapan Allah kpada kita dan itulah kehendak dari aturan-NYA dalam prjalanan hidup kita. maka belajarlah walau ianya penuh kesusahan dan kepayahan. relakanlah walau diiringi air mata, dan lepaskanlah walau mencengkam jiwa dan perasaan.

Selagi kita tak redha, hati tak akan tenang. jiwa tak akan bahagia. sebab itulah, cara terbaik untuk melupakan, adalah dengan redha kan sesuatu yang berlaku. relakan apa yang SUDAH berlaku. bila kita rela, hati juga akan tenang, perlahan² kita akan belajar menerima hakikat, bahawa itulah yang dikehendaki-NYA. dan pada akhirnya nanti, masa yang terus berlalu ini yang akan membuat kita lupa akan hal-2 yang sudah berlalu.

Ramadhan Jangan Pergi

semakin syawal menghampiri,semakin ramadhan menjauhi,gunakan masa yang ada sebaik mungkin,tingkatkan amalan,rebutlah peluang pahala yang berganda dibulan yang mulia ini.....
semoga kita semua tergolong dalam golongan orang2 yang diredhaiNYA.....aminnnnn......